Majlis Agama Islam Selangor
e-Kerjaya MAIS
Iklan Jawatan Kosong · Timbalan Setiausaha MAIS
Iklan Pengambilan · Anak Negeri Selangor
Pemohon adalah dipelawa kepada calon-calon
anak Negeri Selangor
yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.
Maklumat Iklan
Tarikh Permohonan
Permohonan hendaklah melalui
link permohonan jawatan kosong ini
.
Dibuka mulai:
5 Disember 2025 (Jumaat)
.
Tarikh tutup:
18 Disember 2025 (Khamis), jam 12.00 tengah hari
.
1
Jawatan/Taraf Pelantikan/Gaji
BIL.
JAWATAN
TARAF PELANTIKAN
GAJI
i.
Timbalan Setiausaha MAIS
Kontrak
RM 7,990.00 - RM 22,040.00
2
Syarat-syarat Jawatan
Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia.
Anak Selangor atau lima belas (15) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian).
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian atau Ijazah Sarjana atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Syarat Tambahan
Berkemahiran tinggi dalam kepimpinan strategik, komunikasi dan pengurusan organisasi; dan
Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam penjanaan hasil ekonomi dan pembangunan sosial Islam Negeri Selangor.
Tanggungjawab Utama
Merancang dan melaksana strategi korporat Pejabat Timbalan Setiausaha selaras dengan hala tuju strategik MAIS.
Memacu pertumbuhan hasil dan prestasi operasi MAIS bagi mencapai matlamat strategik dan KPI.
Memastikan tadbir urus korporat dan kepatuhan kepada perundangan serta dasar MAIS.
Mengurus dan mengetuai operasi harian dengan cekap dan berkesan.
Menjalin dan memperkukuh jaringan strategik dengan industri, kerajaan dan agensi berkaitan.
Melapor terus kepada Setiausaha dan Pengerusi MAIS.
3
Cara Memohon
Permohonan hendaklah melalui link permohonan ini mulai tarikh
5 Disember 2025 (Jumaat).
Permohonan berikut
AKAN DITOLAK
sekiranya:
Pengisian link permohonan tidak lengkap; dan
Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
Tarikh tutup permohonan adalah pada
18 Disember 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
4
Catatan Am
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Ketika hadir sesi temuduga calon hendaklah mengemukakan
salinan dokumen yang telah disahkan
seperti berikut:
Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
Sijil akademik;
Gambar ukuran pasport;
Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
Sijil-sijil yang berkaitan;
Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh
pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.
Pengesahan sijil melalui
tandatangan “bagi pihak” akan ditolak.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.
Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.
Resume terkini.
Salinan penyata gaji terkini.
➜
Mula Permohonan Atas Talian
Klik butang ini untuk terus ke borang permohonan di halaman seterusnya.